Sabtu, 6 Mac 2010




Ingat tak semasa mengikuti lawatan ke Gunung Ledang Muar Johor Anjuran kelab Tea Kwan Do


Kita bertolak pagi dari MPTAA menuju ke Muar. Sampai di sana, ada yang buang air tanpa tandas. Ada yang agak kriatif buang air dalan bekas minunman yang kosong. Hampir-hampir melimpah kelam kabut tarik tin, risau akan melempah. Kemudian lempar ke dalam alian sungai yang berhampiran. Ha, ha, ha . Siapa tu? Sesiapa yang buat pasti ingat. Hua, hua, hua. Dah petang mennyebabkan banyak masalah yang nak diselesaikan antaranya cari tempat sesuai untuk tapak pekhemahan, pasang khemah, ada yang sibuk dengan kelaparan. Tetapi selesai juga kerja yang dirancangkan.

Semua atur cara yang dijadualkan dapat dilaksana. Selesai solat subuh dan makan maka kita adakan taklimat. Keesokan hari kita telah bersetuju untuk mendaki Gunung Ledang maka ramailah yang bersedia untuk mendaki dengan sedikit bekalan. Ada yang langsung tak bawa apa-apa bekalan. Tunjuk hebat konon, terlalu teruja, tak sabar-sabar dan gelojong. Aku dan beberapa rakan mendaki separuh perjalanan dan turun kembali. Untuk uruskan aktiviti-aktiviti lain termasuklah memasak. Selesai makan kami rehat, dan buat kerja masing-masing , Ada juga yang mengambil angin di tebing sungai. Mata hari makin gelab hinggalah Magrib. Tiba-tiba Faruk dengan termengah-mengah melaung “Oi, kawan-kawan kita ada di atas tak dapat turun kerana ada ang diserang…….. gestrik. Ada yang kejang otot, tak dapat meneruskan perjalanan. Maka aku pun mengambil keputusan untuk bersolat Maghrib terlebih dahulu. Selesai solat maka aku, Suzili, dan Faruk mula mendaki, ada bawa sedikit bekalan makanan dan air. Makin jauh kami ke dalam hutan makin gelap, hanya lampu picit yang malap dibawa. Sukar juga menjalankan “rescue”. Teraba-raba. Maklumlah dalam samaran cahaya lampu picit. Terdengar sahaja suara kawan-kawan, dicelah-celah dedaun pokok hutan hati pun rasa gembira kerana dah bertemu. Tiba sahaja, semuanya kelihatan keletihan dan kelesuan. Yang membantu teduduk , di atas akar-akar pokok yag muncul dari permukaan tanah. Muka dah asam. Al maklum sahajalah, lapar dahaga dan kelesuan. Hampir dua belas jam tak makan, tak minum. Pasal nak turuja nak mendaki. Depa ingat daki gunung macam naik tangga Batu Cave kut.

Selesai beri minum dan biskut, kepada yang sakit dan lesu. Kami pun memikirkan bagaimana cara mudah nak bawa si Arifah yang kena gestrit dan yang kejang otot kaki. Aku tak ingat siapa yang kejang otot tu. Kalau deme baca dan ingat email kat aku. Boleh aku masukkan di dalam blog ni. Maka kata putus dicapai dengan mengunakan baju-baju yang kami pakai dan dua batang kayu . Kita pun buat “stracher” dan letakkan mangsa di atas dan diusung. Berganti-ganti kita mengusung. Walau pun sukar dan susah, dalam kegelapan malam dan denai yang sempit kita kongsi bersama-sama. Maklumlah siapa lagi nak bantu kalau tak kita? Berapa kali aku hampir-hampir terjatuh, licin terpijak akar pokok yang licin. Aku smtiasa bersama-sama Suzili kongsi membawa. Kami antara rakan akrab di maktab. Aku tak tau di mana dia? Kalau kau orang tau emailkan kat aku.
Sesampai di tapak perkhemahan aku ,Suzili dan rakan-rakan beri bantuan awal kepada yang bermasalah. Lepas tu kami berehat tengok la gambar tu. Di beri air oleh rakan-rakan yang berada di tapak perkhemahan. Aku teringat ketika lihat gambar ni. Lantas ambil keputusan untuk coretkan dalam blog ni. Kalau rakan-rakan ada pengalaman yang diceritakan. Emailkan kat aku ahmadfuadsani@yahoo.com