Rabu, 29 April 2009

MPTAA KUANTAN DALAM KENANGAN

Wahai sahabat yang dikasihi, semoga anda sekalian berada dalam lindungan Allah s.w.t.
Semalam aku terima email daripada Sheikh Sabri, dia mencadangkan kita bertemu semula di Kuantan dalam bulan Disember ini. Aku amat setuju, walau bagaimana pun harapan aku agar kita dapat bertemu dan bersemuka kembali. Dah puluhan tahun kita tak dapat bersua dan berbicara. Aku amat rindukan hilai tawa kau orang semua. Semoga usaha ini berjaya. Mungkin tiga hari dua malam kita bertemu dan bersua dah cukup nak leraikan kerinduan dan mengimbau kembali kenangan di sana.
Kita akan bawa bala tentera masing-masing dan buatkan aktiviti kepada mereka, agar mereka dapat berkenalan dan menimba kenangan di sana. Boleh juga kita imbau zaman bujang kita kecuali abah aje yang dah beranak. kah. kah.kah. Macam mana sehabat semua setuju tak? Moh le kita sama-sama keluar dari persembunyian kita dekatkan silaturahim antara kita. Yang jauh kita rapatkan, yang dekat kita mesrakan, yang mersa kita satukan. Moh le kita.

VERSI AZMON

AssalamualaikumKo memang betul Sabri. Hutan Sg. Lembing juga penuh kenangan. Ingat tak lagi semasa kita mandi air lumpur yg kononnya untuk menyamak kerana telah berendam dalam kubang babi. Waktu tu kita tracking dlm hutan waktu malam. Kapten yg bawak kita tracking malam tuh buat kita macam org buduuss. Apapun yg disuruhnya kita ikut je. Tengah-tengah malam disuruh berendam dlm sungai yg sejuk pun kita ikut jek. Kononnya untuk menghilangkan najis babi kerana kita telah melalui sg yang dibuat berkubang oleh babi.Kira samak lah tuh. He he he … mana ada babi berkubang dalam sungai berjeram? Binatang tuh berkubang dalam lumpur. Habis tracking, masing-masing pi cari baldi dan lumpur . Mandi ngan air lumpur. Bukak semua pakaian. Yg tinggal, seluar paling kecik jer. Nasib baik tengah malam dlm hutan gelap. Budak perempuan tak nampak walaupun separuh bogel kita mandi kat sungai. Bila teringat balik , aku ketawa sendiri. Bendul betul la korang masa tuh. Satu lagi tentang Adnan Ahmad. Dia nih kira hebat juga. Malam tu kan hujan, khemah bocor. Tapi yg hebatnya dia boleh tidur nyenyak walaupun air menitis kat atas kepada dia. Kira kalis air jugalah dia nih.Tentang Mahani Mahafiz yg patah tangan tu, aku rasa aku pernah nampak dia kat pasar malam Tanjung Karang awal 2000 dulu. Kalau mata aku tak salah lah. Masa tu aku tengah drive. Nampak dia tengah kelek anak dengan Mahafiz. Tak sempat nak tegur.Apapun kenangan Sg Lembing tu memang indah.Geng-geng PM1-1993-1995 yg lain , bila nak join blog nih? Marilah sama-sama kita meriahkan blog nih. Asyik-asyik cerita Sabri jek ??? he he he……

Salam Ramadhan...

Bersama ini disertakan gambar kenangan kita semasa di MPTAA. Gambar ni aku jumpa dalam almari semasa mengemas rumah. Tak tau macam mana gambar yang sekeping dua ni terlepas ke Perak sebab seingat aku semua gambar di MPTAA dulu semuanya berada kat Pahang ( entah ada entah tidak lagi ). Bila tengok gambar teringat aku kenangan tu masa kelas kita buat picnic kat Teluk Cempedak. Siap panggang ayam lagi. Tengok gambar tu geng kita tengah nak hidup api dan bakar ayam. Geng ikat kepala kat depan tu silap tengok boleh sangka geng lanun yang rampas kapal malaysia kat teluk eden, somalia. Tapi paling dasyat geng kat belakang tu, belum apa-apa lagi dan terkeluar lidah. Tengok ayam panggang ke tengok Mahani dgn Che Ku Rohana ?????
Gambar satu lagi tu masa aku dengan beberapa geng lain kat istana sultan di Pekan. Masa tu majlis hari lain sultan tu le.. Tak dapat jadi sultan pun takpe. Yang aku tak ingat nama geng sebelah kiri aku, bukan yang jantan tu.. tapi yang pompuan tu. Jenuh aku nak recall balik, tapi tak ingat juga. Kalau tak ade Muin, Bairol dan Ida kat situ, sah dah gambar ni jadi bahan bukti... Kacau betul geng tiga orang ni.. aku plan ambil gambar dua orang je.. dan dan depa mai terpa dok sebelah.... apa pun itu lah kenangan di MPTAA...

Versi Sheikh Abuya
Terima kasih atas kesudian mengirim gambar ini.

Assalamualaikum warga MPTAA 93-95 Kuantan.

Ingatkah lagi ketika kita menimba ilmu di sana? Indah bukan??? Masih segar diingatan kita bersama dihantar oleh keluarga dan ditinggalkan dalam keadaan ketakutan. Mana tidaknya, lihat wajah-wajah senior bak harimau-harimau lapar. Pulang sahaja ahli keluarga kita diratah mereka. Minggu orientasi yang kita sama-sama alami dan lalui, penuh dengan pengalaman suka dan onak duri. Aku,dan rakan sebilik dikejutkan pukul tiga pagi lalu disuruh berkokok seperti ayam jantan. Kok, kok, kok aduh derita masih segar. Maklumlah kokokan ayam tua, ha,ha,ha. Disuruh aku jadi “pailot” kapal terbang dengan seorang penumpang, bagai nak gila memandu kapal terbang nak elak awan-awan yang berkepul-kepul. Kemudian menjumam ke lembah dan naik semula macam orang gila, hua,hua,hua. Al maklum sahaja pandu kapal terbang pukul tiga pagi dengan mata merah mengantuk.

Keesokan pagi-pagi lagi, kita semua dikejutkan oleh oleh “senior” betina yang badan gempal dari bawah bangunan dia bertempit, berteriak. Kemudia dengan visel pengadil bola dia tiup sehabis kuat maka kita pun bangun dan dipaksa mandi, berus gigi, dan buang air besar dalam masa satu minit. Tak pernah dibuat orang. Mendidih, mendidih rasanya. Pergi solat subuh dan kuliah subuh. Diberi sarapan, kemudian ada kuliah orientasi oleh para senior. Diajar lagu MPTAA, lagu Guru Malaysia dan lagu negeri Pahang. Diselitkan ceramah pengenalan MPTAA oleh penceramah undangan selaku pensyarah kita.

Hari-hari akhir, kita dipaksa bermain bola baling menentang senior. Aku dikasari oleh mereka sehingga pengsan. Aku ingatkan dah tak ada di dunia lagi. Alhamdulillah aku masih bernafas hingga sekarang.Maklumlah orang berumur macam aku mana mampu bergerak cergas macam anda semua. Di hari akhir kita disimbah dan dimandikan dengan air ……….. ingat tak lagi. Yang aku tak puas hati tu orang kampung aku buat tak kenal sehinggalah hari akhir , kita dioreantasi baru dia berbual dengan aku. Bengang, bangang, kah, kah, kah. Seronok juga ya, ketika mengenang kisah silam. Dapat memperkuatkan emosi kita ketika kita berada dalam dunia keguruan yang sebenar. Terpaksa menempuh ragam dan perangai murd-murid yang pelbagai. Ada yang berlari kerika kita sibuk mengajar, ada yang bermain ada yang mengintai-intai peluang untuk mengena rakan-rakan. Ada yang lepa sahaja barang rakan dia yang punya. Ada yang ke tandas umpama beristirahat di tepian pantai. Kita tempuh dengan penuh sabar engan emosi stabil. Malah ada penjaga yang dating ke sekolah sebab tak puas hati dengan tindaan guru ang tegur kesilapan anaknya. Aku alaminya di Selangor dulu. Macam mana kawan-kawan semua? Mungkin anda juga boleh hantarkan pengalaman untuk dimuatkan dalan blog ini ke ahmadfuadsani@yahoo.com.

Semester berikutnya pengambilan bulan Jun 1993, apa lagi kita pun bentuk jawatan kuasa untuk menyambut hidangan baru tuliskan selanjutnya …………



Aku lampirkan bersama-sama, kepingan gambar kenangan yang masih dalam simpanan aku. Kita tengok bersama-sama. Kalau rakan-rakan mempunyai banyak gambar kenangan boleh emailkan kat aku.

Assalamualikum,



Sahabat yang diingati, semalam aku buka email aku dapati tiga orang rakan kita hantar email kat aku. Geng kita tu ialah Sheikh Sabri (Abuya), Azmon dan Muin. Mereka memberi kata-kata perangsang buat aku untuk terus menulis dan mengumpul rakan rakan lama yang entah di mana? Terima kasih atas keperihatinan anda semua.



Email daripada Sheikh Sabri lain sikit , dia hantar gambar famili. Dah setenggah dozen. Sapa kata Sheikh tak hebat, itu baru satu ibu. Kalau dua, tiga, empat ibu. Huh, tak boleh nak bayang. Mungkin setahun empat cahaya mata. Jangan marah Sheikh. Lihatlah gambar tu.



Sebenarnya aku dengan Sheikh ni, banyak pengalaman dan kenangan peribadi. Bukan sahaja di maktab dulu, malah masa penempatan pertama semasa dia mengajar di sebuah sekolah Tamil. Kami tinggal bersama-sama di dalam sebuah rumah. Kami sewa di Taman Dato Harun, Petaling Jaya. Sheikh, Hashim (Saznil), Atan PM2,Suzili dan aku. Abang Suzili yang usahakan sampai kami peroleh rumah tersebut. Sewa tahun 1996 lebih kurang RM700.



Saznil antara yang tension kerana mengajar di Sekolah Tamil Vevekananda. Macam-macam hal dia buat di sekolah tu. Sehingga diambil tindakan pindah sekolah bersama-sama Atan. Aku juga tertekan ketika mengajar di Sekolah Tamil Seksyen 18 Shah Alam. Al maklumlah pengalaman pertama dalam masyarakan India. Aku mengajar tahun satu, mereka langsung tak tahu bahasa Melayu. Aku terpaksa ajar dari bawah. Tension. Selalu dimaki oleh murid dalam bahasa Tamil. Mungkin tak puas hati dengan aku, sebabnya aku selalu marah tika kerja yang aku bagi tak siap.



Paling manis semasa aku tinggal di Taman Dato Harun, semasa Sheikh deman . Aku dan rakan-rakan yang lain ingatkan demam biasa sahaja. Masuk hari kedua demam makin panas. Maka aku dan Suzili pun bawa Sheikh dengan sebuah motor. Tak mengapalah klinik dalam taman sahaja. Selepas buat pemeriksaan doktor menyatakan Sheikh mengidap demam denggi. Kami terkejut, lalu doctor mengeluarkan sepucuk surat untuk dirujuk ke Hospital Universiti , Petaling Jaya. Bagaimana nak hantar? Kami hanya ada motor sahaja. Setelah fakir, kami ambil jalan segera kerana kecemasan. Dengan sebuah motor kami membonceng dua orang dan Suzili tunggang motor. Aku peluklah Sheikh, sebab nak elak daripada terjatuh.



Keesokan hari datang sebuah kenderaan dari hospital. Apa lagi? Kena sembur racun untuk musnah nyamuk aedis. Merah mata, hidung berair dek kerana semburan tu.Bukan rumah kami sahaja, malah semua rumah di taman disembur. Lepas itu kami diugut akan didenda kerana bela nyamuk. Ha,ha,ha.



Kini, Sheikh telah bergelar graduan dari USM. Masih mengajar di Beruas. Maklumlah mata airnya (Faridatulamlar) , tu orang sana. Aku bertemu dengan Sheikh dalam awal tahun 2008 kerana dia mengadiri mesyuarat di sekolah aku. Tamat mesyuarat aku ambil peluang berjumpa dengan dia. Dia masih macam dulu, peramah, periang, dan mudah didampingi. Fizikal juga seperti dulu juga, tak gemuk, tak rending, tetapi renek. Jangan mare Shikh. Hua, hua, hua. Ok bye geng.




MPTAA ’93 -‘95


Daerah ini aku dan rakan
Mengutip julang ilmu
Mengutip mekar-mekar kelopak cinta
Mengutip memori dan kenangan
Bak limpah lautan

Daerah ini aku dan rakan
Mencari keramat cikgu
Bertemu kilau masa depan
Menyuluh kelam isi bumi
Membina rembang malam

4 Ogos 2008
10.00 malam


ZIP,ZIP,ZIP

Masih ingatkah kamu, ketika kita dikuliahkan oleh pensyarah bahasa Melayu . Ketika itu aku berada di hadapan kelas. Penyarah kita itu merupakan idola aku sebabnya beliau punyai kemahian untuk menarik perhatian pelajar. Mungkin sekarang beliau dah bergelar doktor.
Ceritanya bermula, seperti biasa beliau aktif ketika menyampaikan ilmu kepada kita. Tak kering gusi kalau beliau mengajar. Selalu beliau tarik perhatian kita dengan ceritakan pergaduhan beliau dengan isterinya dengan cara tersendiri. Seperti seorang pahlawan di medan peperangan. Akhirnya beliau kecundang juga dengan telatah yang diaksikannya. Sedang beliau rancak beraksi di depan kelas, tiba-tiba mata kita tertumpu pada warna putih di celah-celah zip seluar. Pelajar-pelajar perempuan senyum tersipu-sipu. Yang lelaki tesengeh-sengah Setelah diamat-amati rupa-rupanya warna seluar dalam. Beliau terlupa zip seluar. Mungkin selepas buang air, tergesa-gesa beliau ke kuliah.
Kemudian keluar penghulu kelas kita, siapa lagi Sheikh Sabri la. Dibawanya pensyarah kita keluar dan dimaklumkan oleh penghulu. Malunya beliau tak terkira, terus zipkan seluar dan berlalu dari kelas kita. Ingat tak ? Kah, kah, kah . Dua, tiga hari beliau tak masuk ke kuliah kita. Aku tau beliau malu kerana tak sengaja. Dari peristiwa itulah setiap kali aku nak ke kelas aku mesti sentuh zip seluar aku, nak pastikan kepala zip berada di atas. Agar tidak diketawa oleh pelajar-pelajar aku. Semoga menjadi pengajaran buat kita yang telah bergelas guru. Walau bagaimana pun aku ingin mengucapkan terima kasih atas segala ilmu yang telah dicurahkan kepada kita, khasnya pada aku. PENSYARAH ITU MASIH MENJADI IDOLA AKU. Jika aku ke kelas untuk mengajar, pasti aksi aku sepertinya untuk menarik perhatian pelajar agar tidak terus mengelamun dan memberi perhatian kepada P&P. Namanya tak boleh disebut. Malulah dia. Tetapi memori itu mesti masih segar dalam benak rakan-rakan.

Wahai rakan-rakan yang terbaca blog ini hantarlah cerita perkembangan diri dan keluarga serta gambar anak-anak. Boleh aku selitkan dalam blog ini. InsyaAllah.