Assalamualikum,
Sahabat yang diingati, semalam aku buka email aku dapati tiga orang rakan kita hantar email kat aku. Geng kita tu ialah Sheikh Sabri (Abuya), Azmon dan Muin. Mereka memberi kata-kata perangsang buat aku untuk terus menulis dan mengumpul rakan rakan lama yang entah di mana? Terima kasih atas keperihatinan anda semua.
Email daripada Sheikh Sabri lain sikit , dia hantar gambar famili. Dah setenggah dozen. Sapa kata Sheikh tak hebat, itu baru satu ibu. Kalau dua, tiga, empat ibu. Huh, tak boleh nak bayang. Mungkin setahun empat cahaya mata. Jangan marah Sheikh. Lihatlah gambar tu.
Sebenarnya aku dengan Sheikh ni, banyak pengalaman dan kenangan peribadi. Bukan sahaja di maktab dulu, malah masa penempatan pertama semasa dia mengajar di sebuah sekolah Tamil. Kami tinggal bersama-sama di dalam sebuah rumah. Kami sewa di Taman Dato Harun, Petaling Jaya. Sheikh, Hashim (Saznil), Atan PM2,Suzili dan aku. Abang Suzili yang usahakan sampai kami peroleh rumah tersebut. Sewa tahun 1996 lebih kurang RM700.
Saznil antara yang tension kerana mengajar di Sekolah Tamil Vevekananda. Macam-macam hal dia buat di sekolah tu. Sehingga diambil tindakan pindah sekolah bersama-sama Atan. Aku juga tertekan ketika mengajar di Sekolah Tamil Seksyen 18 Shah Alam. Al maklumlah pengalaman pertama dalam masyarakan India. Aku mengajar tahun satu, mereka langsung tak tahu bahasa Melayu. Aku terpaksa ajar dari bawah. Tension. Selalu dimaki oleh murid dalam bahasa Tamil. Mungkin tak puas hati dengan aku, sebabnya aku selalu marah tika kerja yang aku bagi tak siap.
Paling manis semasa aku tinggal di Taman Dato Harun, semasa Sheikh deman . Aku dan rakan-rakan yang lain ingatkan demam biasa sahaja. Masuk hari kedua demam makin panas. Maka aku dan Suzili pun bawa Sheikh dengan sebuah motor. Tak mengapalah klinik dalam taman sahaja. Selepas buat pemeriksaan doktor menyatakan Sheikh mengidap demam denggi. Kami terkejut, lalu doctor mengeluarkan sepucuk surat untuk dirujuk ke Hospital Universiti , Petaling Jaya. Bagaimana nak hantar? Kami hanya ada motor sahaja. Setelah fakir, kami ambil jalan segera kerana kecemasan. Dengan sebuah motor kami membonceng dua orang dan Suzili tunggang motor. Aku peluklah Sheikh, sebab nak elak daripada terjatuh.
Keesokan hari datang sebuah kenderaan dari hospital. Apa lagi? Kena sembur racun untuk musnah nyamuk aedis. Merah mata, hidung berair dek kerana semburan tu.Bukan rumah kami sahaja, malah semua rumah di taman disembur. Lepas itu kami diugut akan didenda kerana bela nyamuk. Ha,ha,ha.
Kini, Sheikh telah bergelar graduan dari USM. Masih mengajar di Beruas. Maklumlah mata airnya (Faridatulamlar) , tu orang sana. Aku bertemu dengan Sheikh dalam awal tahun 2008 kerana dia mengadiri mesyuarat di sekolah aku. Tamat mesyuarat aku ambil peluang berjumpa dengan dia. Dia masih macam dulu, peramah, periang, dan mudah didampingi. Fizikal juga seperti dulu juga, tak gemuk, tak rending, tetapi renek. Jangan mare Shikh. Hua, hua, hua. Ok bye geng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan