Khamis, 7 Mei 2009

Sejarah

Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan sebelum ini dikenali sebagai Maktab Perguran Kuantan. Ia diwujudkan pada 1 Januari 1976 menggunakan bekas Sekolah Lanjutan di Jalan Gambut. Populasi maktab pada masa itu terdiri daripada 169 pelatih, 10 orang pensyarah dan seorang pengetua. Oleh kerana pertambahan guru pelatih dan keperluan yang mendesak, beberapa bangunan tambahan telah didirikan di sekitar tahun 1977 hingga 1980. Antaranya ialah pejabat, dewan, surau, setor sukan dan garaj.

Pada 30 Mei 1978, Kerajaan Negeri Pahang telah menyerahkan satu kawasan di Semambu kepada Kerajaan Persekutuan untuk dibangunkan sebuah Maktab Perguruan yang baru. Projek yang berharga RM13.5 juta dibiayai melalui pinjaman Bank Dunia. Pembinaannya dimulakan pada bulan September 1978 dan siap sepenuhnya pada tahun 1986.

Mulai 1 Januari 1986, pentadbiran kedua-dua maktab ini diasingkan. Maktab di Jalan Gambut dikenali dengan nama Maktab Perguruan Kuantan, Pahang Darul Makmur dan maktab di Semambu dinamakan Maktab Perguruan Kuantan (Semambu), Pahang Darul Makmur.

Pada 23 Ogos 1986, Maktab Perguruan Kuantan (Semambu) telah dibuka dengan rasminya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah. Dengan perkenan baginda telah mengistiharkan nama baru maktab ini sebagai Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (MPTAA) sempena nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tengku Hajjah Afzan binti Al-Marhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad.

Selaras dengan perkembangan pendidikan perguruan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan program Diploma Perguruan Malaysia (DPM) bermula dengan ambilan 1996. Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan telah menerima kemasukan guru pelatih DPM pertamanya pada 19 Ogos 1996. Sehingga hari ini MPTAA telah pun mengeluarkan hampir 10,000 orang guru terlatih peringkat sijil dan diploma dari pelbagai bidang pengkhususan.

Pada pertengahan tahun 1999 MPTAA telah menerima perpindahan warga Maktab Perguruan Teruntum, Jalan Gambut, Kuantan apabila maktab berkenaan ditutup.

Pada 15 November 2001, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bersama pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan telah mengadap KDYMM Sultan Pahang bagi menyembah maklum permindahan MPTAA dari Kuantan ke Kuala Lipis.

Perpindahan MPTAA dari Kuantan ke Kuala Lipis secara rasmi berlangsung pada 25 Mei 2002 yang melibatkan seorang pengetua, seorang timbalan pengetua, 73 orang staf akademik, 74 orang staf sokongan dan 832 orang guru pelatih.

Kampus baru MPTAA dibina bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke 7 dengan kos perbelanjaan berjumlah RM55.8 juta di atas sebidang tanah yang mempunyai keluasan 24.7 hektar (60 ekar). Kampus ini mampu menampung seramai 1200 orang pelatih. Maktab ini mempunyai pelbagai prasarana dan kemudahan yang merangkumi kemudahan pentadbiran, akademik, ko-kurikulum, kediaman dan kemudahan sokongan yang lain sejajar dengan perkembangan dan keperluan pendidikan masa kini.

Pentadbiran MPTAA diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah. Disamping itu untuk melicinkan lagi pengurusan diwujudkan 10 jabatan yang berkaitan dengan akademik serta sekumpulan staf sokongan bukan akademik.

Pada 17 Oktober 2002, MPTAA sekali lagi merakam sejarah kerana KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah berkenan mencemar Duli untuk menyempurnakan majlis perasmian Kampus Baru Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    dah lama tak masuk sini. bila masuk balik tokojut skit sbb dah tukau baju. habih suma komen-komen aku dulu. hang tak download template sebelun edit ker?. takpa la.

    cadangan 'reunion' tu aku setuju la. insyaAllah kalau takde aral, kat mana pun aku nak ikut gak.

    itu hari masa abuya habaq nak wat kat KL aku menung juga. bukan aku tak suka, tapi aku 'elergik' pi KL tu. maklumlah aku dah jadi org kpg.

    apapun atas dasar kawan aku setuju la nooo.tak kisah la kat mana, asal dpt jumpa.

    untuk abuya, tahniah sebab dah wat rumah besau. aku teringin gak nak tengok rumah besau enam bilik ko tu yop.aku pulak dok pondok jer.huhuhu..

    satu jer yg aku agak heran... blog ni tetap jugak sunyi. kata orang macam tanah perkuburan. member-member lama mana dia orang pegi.

    apapun aku nak linkkan blog ni ngan blog aku yg baru.aku harap ko tak keberatan. blog lama aku dah kena roboh ngan DBKL huhuhu......

    kalau ko tak keberatan linkkanlah juga blog aku kat blog ni.

    http://www.cikguanaiz.blogspot.com

    ok bro..jumpa lagi .wassalam

    BalasPadam
  2. ader brape versi sebenarnya blog ni?
    url dekat-dekat sama. isi sama tapi template jer lain.
    aku ingat yg lama tu ko tukar template. rupanyer ader buat 2 blog yg hampir sama. ker blog ni dah kena hack.. huhuhu..........

    BalasPadam